Tuesday, September 6, 2016

Bagaimana rasanya apabila dipertemukan, rasa sayang dan dipisahkan bertahun-tahun tanpa penjelasan apa-apa lalu dipertemuakn kembali dalam keadaan yang tidak disangka. Dalam keadaaan itu juga kita boleh saling menyapa tapi kita masing-masing terpaksa menjadi orang lain. Kerana menjadi diri sendiri hanya kan menabur gambar pada setiap inci luka yang kita rasa luka lama yang kita cipta sendiri.

Tuesday, August 16, 2016

Jika ada dia / Jika tidak ada dia

Aku bosan asyik terjerumus dalam perasaan kehilangan. Apa lagi jika kamulah penggerak di sebalik setiap alasan.

JIKA ADA DIA, AKU HARUS SUKARELA BERUNDUR. 

JIKA TIDAK ADA DIA, AKU DIHARUSKAN HADIR...

Permainan apakah ini??..

Atau aku yang terlalu bodoh tidak boleh melihat batas harapan dan kenyataan?


Kaki aku berlari menjauhi titik-titik pencipta luka. Tapi, saat aku mulai langkah untuk pergi dari kamu, ada sahaja tarikan-tarikan penggoda untuk tetap di sana. Pada kehadiran yang berulang, ada kata "selamat tinggal" yang siap-siap kembali tersedia.




Kata "selamat tinggal" yang aku harap tidak pernah lagi aku dengar. Aku ingin kamu tetap di sini, mencipta bahagia dari dua sisi; bukan mencari bahagia kita sendiri-sendiri. Akankah semua ingin aku hanya sanggup menjadi angan? Tidak bolehkah segalanya menjadi kenyataan? Sebab rasa ini nyata, namun kedekatan kita hanya sebatas ini sahaja.


Mengapa kamu datang hanya untuk singgah, kemudian pergi lagi?


google image

Monday, May 23, 2016

Kenapa dia menjadi dia

Ujian kita

Kasut yang kita pakai hari ini mungkin sama, tetapi hakikat sebenarnya TIDAK. Kita adalah ujianbagi kehidupan orang lain. Aku adalah ujian bagi kamu. Kamu adalah ujian bagi  aku. Masyarakat sekeliling adalah ujian bagi kita.

Manusia hanya boleh mengangguk, tanda faham tapi tak semestinya dia memahami. Sekadar dia memandang kasut itu dan tak pernah mencuba pakai kasut tersebut tapi pandai pandai dia cakap ketat, pandai-pandai dia cakap longgar.

Cuba letak kaki kau
Dalam kasut dia
Cuba kau rasa sendatnya
Dan ketatnya kasut dia
Dengan kasut itu cuba kau berjalan
Rasakan kerikil di tapak kaki dia
Dan kaca bersepai yang menjamah dia
Dalam kasut dia
Kau akan dapat lihat dunia dari mata dia
Dan dalam kasut dia
Kau akan tahu kenapa dia menjadi dia.



Thursday, May 19, 2016

Siti Nordiana - Sudah Ku Tahu (Projector Band)







Perangai gila-gila ni teringat akan sahabat-sahabat semasa di politeknik dulu..

Pantang ada masa terluang, ke karaoke la jawapnya...

Birthday pun sambut di karaoke.. Siap bawa kek... Yang xbest muka comot

kena kek.. bergurau kasar. Time aku nyanyi dorang pun kalut nak masuk jugak...

Lagu aku kot... Adoi laaaa.... Lagu last kita nyanyi ramai2... Best...



Mana korang... Aku rindu...



Buat kawan-kawan aku...



Firdaus

Ashmar

Fadhil

Yunus

boya (unik nama dia... xingat nama betol, yg pasti aku pggl boya)

Asma



Sahabat susah senang aku dalam kelas....






Tuesday, May 17, 2016

Pengunduran diri

Surat pengunduran diri

Maaf kalau harus menyebut kata-kata "pernah" kerana memang pernah dan kini tidak lagi. Ada sebuah batas lutsinar dari diri kamu yang kini tidak menyertakan aku dalam ruangannya. Fikiran kamu yang kini tidak lagi boleh aku teka akan kemana arah tujunannya. Ada banyak hal sederhana yang kini formulanya menjadi rumit. Dan seolah-olah perubahan perubahan ini membuat kita saling menyalahkan diri sendiri.

Bukan salah kamu, jika ada yang harus selesai di antara kita. Bukan salah aku, jika tidak boleh lagi meneruskan setiap rasa pertama kali yang pernah kita kongsi. Ini hanya cara kita belajar bahawa memang perlu ada yang berubah. Dan biarkan lah waktu yang mengajari kita untuk menerimanya.

Aku undur diri, atas segala rasa nantinya boleh memperburukkan lagi keadaan hati. Aku undur diri untuk menitipkan lagi segala rasa yang pernah diminta pada kamu dahulu. Aku undur diri, untuk segala masa depan yang dulu pernah kita impikan bersama.

Langkah aku mulai perlahan menjauh, mungkin kenangan akan begitu riuh, tapi tidak membuat beberapa luka ini semakin luput. Kenangan kita memang hebat! Aku akan ingat ianya selalu.

Maaf jika aku tidak mampu lagi bertahan, dan maaf jika aku secepat ini aku melepaskan. Namun hal-hal pahit, harus kamu telan terlebih dahulu agar kamu tahu apa rasanya manis.... kelak....

Kini, sesenduk pengajaran sedang kita hadam bersama-sama, tentang kenyataan bahawa tidak seharusnya lagi kita bersama. Lepaskanlah dengan rela. Kerana suatu hari, kita akan sama-sama tersenyum mengingati hari ini.

Hey,

Memasuki perkarangan hati kamu adalah cara terbaik untuk aku mengenal cinta. Dan mengundurkan diri adalah satu-satunya perkara yang paling tepat untuk menjauh dari pergerakkan luka.


Thursday, May 5, 2016

Cinta bertepuk sebelah tangan

Pernah dalam situasi CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN?
Atau definasi lain "Syok Sendiri"?

Bagi aku, kalau kita tahu seseorang itu memang suka kat kita, tapi kita tak suka pada dia, seeloknya berterus terang dan BUKAN beri harapan. So far aku temgok, ramai jugak yang ada perasaan pada seseorang tapi tak dibalas, but at the same time, diberi harapan.


Yang "memberi" harapan itu selalu tak sedar "terberi" harapan pada orang yang memang ada perasaan pada dia & mengharap cinta terbalas.


Kalau dia selalu text, whatsapp kau janganlah layan. Kau buat bodoh je lah kat dia. Okay kalau kau nak berkawan dengan dia, then act like the one. Kawan-kawan je lah jangan kau over caring sangat. Itu membuatkan dia yang memang ada hati kat kau tu hati dia lebih berbunga-bunga. Bukan tak boleh caring tapi janganlah buat orang tu lebih perasan dan masih berharap. Make it short & simple sudah lah. Asalkan kita tak memberi harapan yang end up akan pecahkan hati orang. Betul tak? Walaupun dalam hati dia masih ada cebisan berharap tapi kalau kau layan dia macam kawan-kawan dia yang lain, tentu dia lama-lama berubah hati dan malas nak ssun ayat-ayat manis.


Kalau rasa tak suka dan tak boleh suka, sila lah berterus terang. It's batter to tell them, rather than allow them to live a lie, and give them false hope, okay?




Wednesday, May 4, 2016

Bukan aku yang punya

PADA SATU TAHAP DALAM DIRI
AKU INGIN MENJERIT DAN MENCARI
KELAKAR TAPI TIDAK KETAWA
MENANGIS TIADA PULA AIRMATA
MAU AKU TANYA DIA
SEBENARNYA APA DIA RASA

AKU ANAK YANG BERCELARU
ANTARA MANJA,KERJA DAN MASA DEPANKU
HARI-HARI YANG MENDATANG
SENTIASA ADA MATA YANG MEMANDANG
KACAU DAN USIK TAK TERBILANG

TAPI DALAM TANYA DIA PULA KETAWA
AAH..AKU INI BUKAN DIA YANG PUNYA
JADI TIDAK ADA RASA APA-APA
AKU PULA YANG RASA TERBISA

JADI AKU HARUS SEPERTI DULU
SEBAB LELAKI ITU TIDAK PUNYA CEMBURU
KERANA AKU BUKAN MILIK SAHNYA YANG SATU
SEBENARNYA..TIADA BEZANYA AKU,KINI DAN DAHULU

AKU MELAYAN MASA SILAM YANG KU RINDU
KETIKA AKU BELUM BERTEMU BUDAK ITU
AKU IMPI KU DIJAGA WALAU DARI JAUH
SAMAR CUMA TETAPI TIDAK MENGELUH
BIAR PUNYA RASA WALAU TAK PUNYA JIWA
KERANA KAU BARU MAHU MENGENAL DIA
TETAPI TERSENTAK DALAM CERIA ADA DUKA
SEBENARNYA DIA INI MASIH BUKAN AKU YANG PUNYA


Google Image

Tuesday, May 3, 2016

Harga Sebuah Pengorbanan

Assalamualaikum

Sungguh,

Hingga saat ini, aku masih sahaja kagum dengan orang-orang yang aku temui. Bukan, bukan kerana mereka yang dengan perwatakkannya. Bukan mereka dengan kecantikkan, ketampanan, apatah lagi dengan kekayaannya. Sungguh, bukan....

Aku selalu tertarik dengan orang-orang yang penuh dengan pengorbanan. Pengorbanan itu adalah tanda sayang dan cinta, bagi mereka-mereka yang tidak mampu menyucapkan sayang dan cinta pada lemahnya lisan. Penyorbanan ibarat genggaman hangat dikala kau kedinginan.

Pernah hati ini bermonolog. Janganlah jadi seperti lilin, yang menyinari tapi diri sendiri bekorban. Aku setuju dengan bait aksara itu, tapi tidaklah sepenuhnya. Jika boleh aku katakan, pengorbanan itu adalah suatu perkara untuk meyelamatkan suatu hal, dengan mengorbankan sesuatu. Ya, itu namanya pengorbanan. Dia harus rela mengorbankan satu atau lebih hal dari dirinya, untuk sesuatu yang lebih dia sayang.

Bukankah begitu?

Anologi mudah aku berikan begini, seorang ibu lebih rela mengorbankan nyawanya demi melahirkan seorang anak. Ibu mungkin berada di antara hidup dan mati. Tapi, difikirannya hanya satu, anaknya yang begitu dia sayang harus terus hidup. Tidak memikirkan apakah setelah itu Allah akan mencabut nyawa kerana melahirkan anaknya.

Begitulah sebuah pengorbanan.

Layaknya lilin menerangi. Walaupun ia harus mengalirkan lelehannya, tetapi lelehannya hanya demi menerangi insan disekelilingnya.

Ya..

Yang namanya pengorbanann, memang harus ada yang terkorban demi sesuatu yang lebih dia sayang. Beruntunglah kalian, orang-orang yang dikelilingi dengan pengorbanan. Lelah hanyalah lelahnya hidup yang kelaknya akan hilang.



Thursday, April 28, 2016

Kenapa kita susah nak move on

Kenapa kita susah nak move on?

Kerana di sekolah sampai lah sekarang, kita hanya diajar untuk menghafal dan mengingati BUKAN untuk melupakan.

Salam Jumaat penghulu hari..




Wednesday, April 27, 2016

Kalau Dah Jodoh

Kalau dah jodoh

Susah kan kita nak percaya benda yang kita tak nampak? Benda yang ada, tapi tak boleh dilihat secara fizikal oleh sepasang mata. Until one day kita experience sendiri benda tu, baru kita mula percaya. Sebab benda yang tak dapat kita lihat dengan mata ni, kadang-kadang kita boleh rasa dengan hati (dengan pertolongan akal) Seriously, this "kalau dah jodoh" really amazed me and left me speechless.

Larilah sejauh yang mungkin.
Carilah 1001 sebab untuk cuba berhenti (sayang)
Tolak (reject) lah berjuta kali pun....
Kalau dah dia memang jodoh kita, at the end of the day, either kita akan pergi dekat dia or dia akan datang balik dekat kita. Mana-mana lah. But yes, betullah apa yang orang cakap. Kalau dah jodoh, takkan kemana.

Sometimes kita rasa plan kita dah cukup cun dah. Dah cukup smooth dah. Tapi kita lupa yang kita sebenarnya ada sehebat-hebat "Planner" kat atas sana. Well.. This road may seems harder, may seems uglier, may seems fun, but every happiness will cost you much sadness. Just keep it faith! Mana nak datangnya pelangi kalau tak selepas hujan kan? "perhaps you hate a thing and it is bad for you. And Allah knows while you know not" He know best... Just pray for the best.


Google Image

Monday, April 25, 2016

A moment of memories


Kau dengan memori kau.
Aku dengan memori aku.

Tapi macam mana  kalau memori itu antara kau dan aku? haha...

Memori ini sebenarnya adalah penjajah yang paling hebat parasitnya. Kenapa di panggil parasit? Sebab ianya penjajah yang menjajah di setiap pelusuk ingatan yang tiba-tiba jadi kosong dalam bahagia. Tiba-tiba menjadi sunyi dalam riuh rendahnya. Dan dari situ memori mencelah mengikut peredaran "mood" semangat dan termaktub dalam setiap diri individu. Serta apa yang difikirkan. Walaupun kekadang tak bersesuaian masa dan cara. Tapi siapa peduli kan? It's beyond our control. Right?

Memori...
Semua tahu...
Kejam!!...

Perkataan paling dahsyat aku rasalah.. Adakalanya membina kekuatan. Dan adakalanya jatuh menjunam di segenap pelusuk jiwa. Arghhhh.... sakit aku rasa.

Memori? Terlalu banyak nyatanya. Sampaikan ada yang indah dan tak terluah. Ada yang sedih kecewa hambarnya tapi masih mampu memotivasikan diri untuk menjadi yang lebih baik. Pada satu saat, kita hanya akan menjadi sekeping gambar dan memori. Terkadangkan, kita tidak tahu nilai sebenar momen-momen indah kita itu,sehinggalah ia menjadi memori yang terindah dalam hidup...

Google inage

Friday, April 22, 2016

Jangan mencari aku

Assalamualaikum..

Sudahlah mencari dia, carilah Dia pula.

Bahagia itu selalu ada dan banyak caranya. Kita hanya perlu bersyukur dan menyedari bahawa kita selalu memilikinya, meskipun hanya dalam cara paling sederhana.Begitulah monolog hati berbisik. Tapi aku terfikir, adakah itu suatu penyangkalan, bahawa hakikat bahagia hanya sementara?

Kamu tahu?

Bahagia ini seperti dipaksakan, aku tak lagi punya pilihan dan menganggap kamu kisah lama yang aku mesti lupa. Tak tahulah ini memang bahagia yang sesugguhnya atau imaginasi aku terlalu terlatih untuk mengada-ada?  Entah....

Pernah aku pandang sebuah pohon dengan tatapan penuh kagum. Sebab, bagaimana pohon itu boleh tetap berdiri tegak, sementara melihat dedaunan yang selama ini dipertahankannya, jatuh gugur satu per satu dan kemudiannya meninggalkannya? Atau ini hanya salah satu cara Dia untuk mengajar aku agar menjadi lebih kuat?

Kuat itu aku, yang telah lama jatuh pada kamu, tahu sakitnya luka, namun harus mengulanginya saja. Haih... Lemah itu kamu, datang sebab terluka, lalu pergi sebab bosan dijaga. Haish... Mungkin jika ada kekacauan berlaku dibumi dan semua hal jadi terbalik, aku baru faham cara kamu yang mudah pergi. Atau kamu kelak faham cara aku yang keras kepala selalu menanti.

Lalu,aku harus ke mana?
Sebenarnya, aku harus bagaimana?

Menerima kamu yang muncul tiba-tiba dan merelakan begitu saja padahal tak rela? Kamu ingin (si) siapa? Seseorang dengan perasaan sekeras batu dan sikap sediam patung??

Mungkin, sejak awal kita tak seharusnya bertemu. Agar tak ada rasa yang bertamu. Mungkin...

Ingatlah, jika aku hanya menyakiti kamu, berhentilah mencari aku. Sebab nanti, aku yang lebih dahulu menemukan kamu. Jika tak kamu ketemukan aku, tetaplah jangan mencari. Sebab mungkin yang ingin kamu temukan bukanlah aku, melainkan diri kamu yang lain, yang sejak lama ada padaku.

Maka, teruskanlah jangan mencari aku, hanya sebab kamu mahu merasa sendiri. Aku harap saat itu, aku telah cukup menjadi ego dengan menutup rasa dari apapun yang aku tahu boleh membuat kamu menangis.

0-0

Google image

Monday, April 18, 2016

Cinta suam kuku, pertahan @ lepaskan

Sinarlah wahai matahari, sudah lelah rasanya meratap dalam suram kamu aku mencari. 

Ada orang yang menangis kerana tiada lagi debar kuat cinta didada. 

Ada orang sudah mengeluh bosan pada paksaan kongkongan rasa. 

Ada orang hidupkan cinta yang ada kerana tidak mahu dikata durjana dan ada orang tidak sanggup melihat hati lain terluka, biarpun hatinya meratap hiba.

Cinta suam kuku, mahu dilepaskan bagaikan tertusuk sembilu..

Bila orang putus cinta, sebaiknya semua yang menjelma  dan mengingatkan tentang si dia mahu dicampak jauh dan tidak mahu langsung berpaling lagi. Atau cinta itu, bila sudah suam kuku, mahu diakhiri atau mahu memaksa diri untuk sabar menanti.

Ramai orang punya bibit cinta tersendiri. Kamu juga begitu. Kadang kala kita tidak tahu mana cinta, mana erti kasihan. Kadang kala kita resah, memikirkan bahawa cinta yang begitu banyak percaturannya, sebenarnya lebih tenangkah kalau kita bersendiri??

Ramai orang selalu sangka, dia amat parah akan cinta pada sidia. Sangkanya, cinta itu mainan manis tidur dan ulit mimpi. Tapi pada masa yang sama, tidurnya sudah hilang lena... Tenangnya sudah lama terluka dan senandungnya tiada mahu didengar. Dia menjadi manusia hampa yang tertanya- tanya, dimanakah kelibat cinta sebenar?

Kata orang, "cinta itu senyumkan bibir kita tanpa sedar.."

Kita juga akan menjadi bosan pada kongkongan cinta itu sendiri. Bila kita putus cinta, sebenarnya kita lupa bertanya sesuatu pada diri, kita lupa untuk mengingatkan bahawa yang terbaik itu bakal kita miliki.

Cinta itu sudah suam suam kuku, cinta yang sudah tiada debar pada dada, cinta yang tiada teringat apatah lagi teruja, cinta yang sebak kalau rindu mengenangkannya atau cinta kerana kita mahu dicinta adalah satu persembahan pantomin sebenarnya.

Satu persembahan untuk menyejukkan diri sendiri bahawa kita juga punya cinta untuk dimiliki. Kita senyum dan mendabik dada bahawa kitalah yang punya agung cinta seorang manusia.

Tapi hakikatnya kita rasa kosong, rasa hampa, rasa kita tiada memiliki apa-apa. Sekadar memenuhi satu rutin membisikkan kamu rindu padanya dan sekadar memenuhi ruang teman dihati sang pujangga.

Kita bisukan rasa hampa kita walau bagaimana pun  kuatnya ia melanda. Mengapa mempertahankannya?

Kerana kita tidak mahu keseorangan dan terluka. Kita tidak mahu meraih resah itu dalam hiba cebisan lara kerana kita tidak tahu selayaknya hati kita wajib memiliki sebuah cinta.  Cinta yang luhur, agung dan cinta yang amat tersendiri sifatnya.

Ingat, jangan pertahankan cinta hampa itu, sekiranya kita tidak mampu melayarinya. Kita akan punya yang terbaik kemudiannya menanti. Apa perlu sekiranya cinta yang kita pertahankan itu seolah satu paksaan dalam meniti kehidupan.

Kita ada lemah dan kuatnya. Tanya diri, selongkar segala gundah yang hadir disisi. Adakah kita sekarang sedang mempertahankan cinta abadi?? Atau kita ini sekadar satu hembusan dingin yang kosong menyapa hati.

Menyesal pada awal jejak nafas ini lebih baik dari menyesal di kemudian hari. Sekarang bisikkan perlahan dalam hati, MAHU PERTAHANKAN ATAU MAHU DILEPASKAN PERGI?

Cinta adalah sebuah persembahan jujur sebuah hati. Tanya diri sendiri dan kalau duka itu jawapnya, maka melangkahlah pergi.


Ehsan google


Rindu..

Saya rindu awak
Awak rindu saya tak?

Saya rindu banyak benda tentang awak
Awak, apa yang awak rindu tentang saya?

Saya rindu nak dengar suara awak
Awak, pernah tak rasa rindu nak dengar suara saya?

Saya rindu mahu lihat awak
Awak, rasa tak rindu nak lihat saya?

Saya rindu nak berbual dengan awak
Awak mesti dah tiada rasa rindu pada saya kan??

Saya rindu awak sebab awak pernah hidup dalam diri saya
Tapi saya tak pasti awak rasa begitu atau tidak

Saya rindukan diri saya
Rindu diri saya sebelum kenal awak..



Wednesday, April 13, 2016

Tasha Manshahar Feat. Viral - Oh No (Official Music Video)

Mendoakanmu



ku awali hariku dengan mendoakanmu
agar kau selalu sihat dan berbahagia disana
sebelum kau melupakanku lebih jauh
sebelum kau meninggalkanku lebih jauh

wanita ini lah yang selalu mengintaimu
wanita ini lah yang selalu jatuh hati pada setiap renunganmu

mungkin kau takkan pernah tahu
betapa mudahnya kau untuk dikagumi
mungkin kau takkan pernah sedar
betapa mudahnya kau untuk dicintai

keep smiling




Wednesday, March 30, 2016

kihkih


Tak sah kalau tak bermonolog dalam hati... hahaha

Kamu ada aku

KAMU ADA AKU


Hadir kekamar ini, sebenarnya kamu perlu tenang dan kosongkan minda dan fikiran. 
Aku ingin menjadi penglipurlara kamar tulis ini dengan memetik gitarku perlahan, buangkan segala sunyi alam dan kamu memandang karya aku dalam tenang dan diam. 
Baca aku, dengar bisik suara perlahan amat ini, rasakan akan bahagia dan gundah aku dalam sunyi. 
Kerana apa?

Kerana dalam diri aku ada kamu sebenarnya. 
Sekiranya kamu membaca aku, sebenarnya kamu juga membaca apa yang ada dalam dirimu.

Monday, February 22, 2016

Teruskan melangkah

Assalamualaikum....

Kekadang kita perlu berdiamkan diri untuk sesuatu perkara. Mungkin ia untuk kebaikan untuk diri sendiri atau untuk kebaikan orang lain.

Setiap manusia mempunyai 1000 cara untuk meluahkan apa yang terpendam di dalam hati.
Contohnya:


  • Dalam media sosial Facebook, Twitter, Blog, Instagram DLL....
  • Samaada melalui perbuatan... menghempas apa yang ada berdekatan dengan diri anda.
  • Cari kawan yang terbaik... good listener (janji pandai simpan rahsia)
Ehsan pakcik google

  • Travelling... (ni bagi orang yang banyak duit lah... org kaya) 
Berlin wall Germany
  • Back to basic (cari mak bapak )... sebab dorang ni orang yang paling dekat dengan kita. Dan orang yang paling memahami kita... (miss my mom..... )
  • Yang ni bahaya sikit... drive lelaju... ha... dapat saman RM300.00 free2 jer bagi kat abam polis.
  • Layan lagu hindustan ka... lagu akim AF ka kan... Kalau geram, baik layan lagu rock metal..hihi
Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya... kita sebagai manusia harus bersyukur dengan apa yang kita ada... setiap masalah ada jalan penyelesaiannya... Aku disini hanya melayan naluri sebagai manusia biasa, manusia yang penuh dengan kekecelaruan... Tetapi sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...