Thursday, April 28, 2016

Kenapa kita susah nak move on

Kenapa kita susah nak move on?

Kerana di sekolah sampai lah sekarang, kita hanya diajar untuk menghafal dan mengingati BUKAN untuk melupakan.

Salam Jumaat penghulu hari..




Wednesday, April 27, 2016

Kalau Dah Jodoh

Kalau dah jodoh

Susah kan kita nak percaya benda yang kita tak nampak? Benda yang ada, tapi tak boleh dilihat secara fizikal oleh sepasang mata. Until one day kita experience sendiri benda tu, baru kita mula percaya. Sebab benda yang tak dapat kita lihat dengan mata ni, kadang-kadang kita boleh rasa dengan hati (dengan pertolongan akal) Seriously, this "kalau dah jodoh" really amazed me and left me speechless.

Larilah sejauh yang mungkin.
Carilah 1001 sebab untuk cuba berhenti (sayang)
Tolak (reject) lah berjuta kali pun....
Kalau dah dia memang jodoh kita, at the end of the day, either kita akan pergi dekat dia or dia akan datang balik dekat kita. Mana-mana lah. But yes, betullah apa yang orang cakap. Kalau dah jodoh, takkan kemana.

Sometimes kita rasa plan kita dah cukup cun dah. Dah cukup smooth dah. Tapi kita lupa yang kita sebenarnya ada sehebat-hebat "Planner" kat atas sana. Well.. This road may seems harder, may seems uglier, may seems fun, but every happiness will cost you much sadness. Just keep it faith! Mana nak datangnya pelangi kalau tak selepas hujan kan? "perhaps you hate a thing and it is bad for you. And Allah knows while you know not" He know best... Just pray for the best.


Google Image

Monday, April 25, 2016

A moment of memories


Kau dengan memori kau.
Aku dengan memori aku.

Tapi macam mana  kalau memori itu antara kau dan aku? haha...

Memori ini sebenarnya adalah penjajah yang paling hebat parasitnya. Kenapa di panggil parasit? Sebab ianya penjajah yang menjajah di setiap pelusuk ingatan yang tiba-tiba jadi kosong dalam bahagia. Tiba-tiba menjadi sunyi dalam riuh rendahnya. Dan dari situ memori mencelah mengikut peredaran "mood" semangat dan termaktub dalam setiap diri individu. Serta apa yang difikirkan. Walaupun kekadang tak bersesuaian masa dan cara. Tapi siapa peduli kan? It's beyond our control. Right?

Memori...
Semua tahu...
Kejam!!...

Perkataan paling dahsyat aku rasalah.. Adakalanya membina kekuatan. Dan adakalanya jatuh menjunam di segenap pelusuk jiwa. Arghhhh.... sakit aku rasa.

Memori? Terlalu banyak nyatanya. Sampaikan ada yang indah dan tak terluah. Ada yang sedih kecewa hambarnya tapi masih mampu memotivasikan diri untuk menjadi yang lebih baik. Pada satu saat, kita hanya akan menjadi sekeping gambar dan memori. Terkadangkan, kita tidak tahu nilai sebenar momen-momen indah kita itu,sehinggalah ia menjadi memori yang terindah dalam hidup...

Google inage

Friday, April 22, 2016

Jangan mencari aku

Assalamualaikum..

Sudahlah mencari dia, carilah Dia pula.

Bahagia itu selalu ada dan banyak caranya. Kita hanya perlu bersyukur dan menyedari bahawa kita selalu memilikinya, meskipun hanya dalam cara paling sederhana.Begitulah monolog hati berbisik. Tapi aku terfikir, adakah itu suatu penyangkalan, bahawa hakikat bahagia hanya sementara?

Kamu tahu?

Bahagia ini seperti dipaksakan, aku tak lagi punya pilihan dan menganggap kamu kisah lama yang aku mesti lupa. Tak tahulah ini memang bahagia yang sesugguhnya atau imaginasi aku terlalu terlatih untuk mengada-ada?  Entah....

Pernah aku pandang sebuah pohon dengan tatapan penuh kagum. Sebab, bagaimana pohon itu boleh tetap berdiri tegak, sementara melihat dedaunan yang selama ini dipertahankannya, jatuh gugur satu per satu dan kemudiannya meninggalkannya? Atau ini hanya salah satu cara Dia untuk mengajar aku agar menjadi lebih kuat?

Kuat itu aku, yang telah lama jatuh pada kamu, tahu sakitnya luka, namun harus mengulanginya saja. Haih... Lemah itu kamu, datang sebab terluka, lalu pergi sebab bosan dijaga. Haish... Mungkin jika ada kekacauan berlaku dibumi dan semua hal jadi terbalik, aku baru faham cara kamu yang mudah pergi. Atau kamu kelak faham cara aku yang keras kepala selalu menanti.

Lalu,aku harus ke mana?
Sebenarnya, aku harus bagaimana?

Menerima kamu yang muncul tiba-tiba dan merelakan begitu saja padahal tak rela? Kamu ingin (si) siapa? Seseorang dengan perasaan sekeras batu dan sikap sediam patung??

Mungkin, sejak awal kita tak seharusnya bertemu. Agar tak ada rasa yang bertamu. Mungkin...

Ingatlah, jika aku hanya menyakiti kamu, berhentilah mencari aku. Sebab nanti, aku yang lebih dahulu menemukan kamu. Jika tak kamu ketemukan aku, tetaplah jangan mencari. Sebab mungkin yang ingin kamu temukan bukanlah aku, melainkan diri kamu yang lain, yang sejak lama ada padaku.

Maka, teruskanlah jangan mencari aku, hanya sebab kamu mahu merasa sendiri. Aku harap saat itu, aku telah cukup menjadi ego dengan menutup rasa dari apapun yang aku tahu boleh membuat kamu menangis.

0-0

Google image

Monday, April 18, 2016

Cinta suam kuku, pertahan @ lepaskan

Sinarlah wahai matahari, sudah lelah rasanya meratap dalam suram kamu aku mencari. 

Ada orang yang menangis kerana tiada lagi debar kuat cinta didada. 

Ada orang sudah mengeluh bosan pada paksaan kongkongan rasa. 

Ada orang hidupkan cinta yang ada kerana tidak mahu dikata durjana dan ada orang tidak sanggup melihat hati lain terluka, biarpun hatinya meratap hiba.

Cinta suam kuku, mahu dilepaskan bagaikan tertusuk sembilu..

Bila orang putus cinta, sebaiknya semua yang menjelma  dan mengingatkan tentang si dia mahu dicampak jauh dan tidak mahu langsung berpaling lagi. Atau cinta itu, bila sudah suam kuku, mahu diakhiri atau mahu memaksa diri untuk sabar menanti.

Ramai orang punya bibit cinta tersendiri. Kamu juga begitu. Kadang kala kita tidak tahu mana cinta, mana erti kasihan. Kadang kala kita resah, memikirkan bahawa cinta yang begitu banyak percaturannya, sebenarnya lebih tenangkah kalau kita bersendiri??

Ramai orang selalu sangka, dia amat parah akan cinta pada sidia. Sangkanya, cinta itu mainan manis tidur dan ulit mimpi. Tapi pada masa yang sama, tidurnya sudah hilang lena... Tenangnya sudah lama terluka dan senandungnya tiada mahu didengar. Dia menjadi manusia hampa yang tertanya- tanya, dimanakah kelibat cinta sebenar?

Kata orang, "cinta itu senyumkan bibir kita tanpa sedar.."

Kita juga akan menjadi bosan pada kongkongan cinta itu sendiri. Bila kita putus cinta, sebenarnya kita lupa bertanya sesuatu pada diri, kita lupa untuk mengingatkan bahawa yang terbaik itu bakal kita miliki.

Cinta itu sudah suam suam kuku, cinta yang sudah tiada debar pada dada, cinta yang tiada teringat apatah lagi teruja, cinta yang sebak kalau rindu mengenangkannya atau cinta kerana kita mahu dicinta adalah satu persembahan pantomin sebenarnya.

Satu persembahan untuk menyejukkan diri sendiri bahawa kita juga punya cinta untuk dimiliki. Kita senyum dan mendabik dada bahawa kitalah yang punya agung cinta seorang manusia.

Tapi hakikatnya kita rasa kosong, rasa hampa, rasa kita tiada memiliki apa-apa. Sekadar memenuhi satu rutin membisikkan kamu rindu padanya dan sekadar memenuhi ruang teman dihati sang pujangga.

Kita bisukan rasa hampa kita walau bagaimana pun  kuatnya ia melanda. Mengapa mempertahankannya?

Kerana kita tidak mahu keseorangan dan terluka. Kita tidak mahu meraih resah itu dalam hiba cebisan lara kerana kita tidak tahu selayaknya hati kita wajib memiliki sebuah cinta.  Cinta yang luhur, agung dan cinta yang amat tersendiri sifatnya.

Ingat, jangan pertahankan cinta hampa itu, sekiranya kita tidak mampu melayarinya. Kita akan punya yang terbaik kemudiannya menanti. Apa perlu sekiranya cinta yang kita pertahankan itu seolah satu paksaan dalam meniti kehidupan.

Kita ada lemah dan kuatnya. Tanya diri, selongkar segala gundah yang hadir disisi. Adakah kita sekarang sedang mempertahankan cinta abadi?? Atau kita ini sekadar satu hembusan dingin yang kosong menyapa hati.

Menyesal pada awal jejak nafas ini lebih baik dari menyesal di kemudian hari. Sekarang bisikkan perlahan dalam hati, MAHU PERTAHANKAN ATAU MAHU DILEPASKAN PERGI?

Cinta adalah sebuah persembahan jujur sebuah hati. Tanya diri sendiri dan kalau duka itu jawapnya, maka melangkahlah pergi.


Ehsan google


Rindu..

Saya rindu awak
Awak rindu saya tak?

Saya rindu banyak benda tentang awak
Awak, apa yang awak rindu tentang saya?

Saya rindu nak dengar suara awak
Awak, pernah tak rasa rindu nak dengar suara saya?

Saya rindu mahu lihat awak
Awak, rasa tak rindu nak lihat saya?

Saya rindu nak berbual dengan awak
Awak mesti dah tiada rasa rindu pada saya kan??

Saya rindu awak sebab awak pernah hidup dalam diri saya
Tapi saya tak pasti awak rasa begitu atau tidak

Saya rindukan diri saya
Rindu diri saya sebelum kenal awak..



Wednesday, April 13, 2016

Tasha Manshahar Feat. Viral - Oh No (Official Music Video)

Mendoakanmu



ku awali hariku dengan mendoakanmu
agar kau selalu sihat dan berbahagia disana
sebelum kau melupakanku lebih jauh
sebelum kau meninggalkanku lebih jauh

wanita ini lah yang selalu mengintaimu
wanita ini lah yang selalu jatuh hati pada setiap renunganmu

mungkin kau takkan pernah tahu
betapa mudahnya kau untuk dikagumi
mungkin kau takkan pernah sedar
betapa mudahnya kau untuk dicintai

keep smiling




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...