Cinta suam kuku, pertahan @ lepaskan

Sinarlah wahai matahari, sudah lelah rasanya meratap dalam suram kamu aku mencari. 

Ada orang yang menangis kerana tiada lagi debar kuat cinta didada. 

Ada orang sudah mengeluh bosan pada paksaan kongkongan rasa. 

Ada orang hidupkan cinta yang ada kerana tidak mahu dikata durjana dan ada orang tidak sanggup melihat hati lain terluka, biarpun hatinya meratap hiba.

Cinta suam kuku, mahu dilepaskan bagaikan tertusuk sembilu..

Bila orang putus cinta, sebaiknya semua yang menjelma  dan mengingatkan tentang si dia mahu dicampak jauh dan tidak mahu langsung berpaling lagi. Atau cinta itu, bila sudah suam kuku, mahu diakhiri atau mahu memaksa diri untuk sabar menanti.

Ramai orang punya bibit cinta tersendiri. Kamu juga begitu. Kadang kala kita tidak tahu mana cinta, mana erti kasihan. Kadang kala kita resah, memikirkan bahawa cinta yang begitu banyak percaturannya, sebenarnya lebih tenangkah kalau kita bersendiri??

Ramai orang selalu sangka, dia amat parah akan cinta pada sidia. Sangkanya, cinta itu mainan manis tidur dan ulit mimpi. Tapi pada masa yang sama, tidurnya sudah hilang lena... Tenangnya sudah lama terluka dan senandungnya tiada mahu didengar. Dia menjadi manusia hampa yang tertanya- tanya, dimanakah kelibat cinta sebenar?

Kata orang, "cinta itu senyumkan bibir kita tanpa sedar.."

Kita juga akan menjadi bosan pada kongkongan cinta itu sendiri. Bila kita putus cinta, sebenarnya kita lupa bertanya sesuatu pada diri, kita lupa untuk mengingatkan bahawa yang terbaik itu bakal kita miliki.

Cinta itu sudah suam suam kuku, cinta yang sudah tiada debar pada dada, cinta yang tiada teringat apatah lagi teruja, cinta yang sebak kalau rindu mengenangkannya atau cinta kerana kita mahu dicinta adalah satu persembahan pantomin sebenarnya.

Satu persembahan untuk menyejukkan diri sendiri bahawa kita juga punya cinta untuk dimiliki. Kita senyum dan mendabik dada bahawa kitalah yang punya agung cinta seorang manusia.

Tapi hakikatnya kita rasa kosong, rasa hampa, rasa kita tiada memiliki apa-apa. Sekadar memenuhi satu rutin membisikkan kamu rindu padanya dan sekadar memenuhi ruang teman dihati sang pujangga.

Kita bisukan rasa hampa kita walau bagaimana pun  kuatnya ia melanda. Mengapa mempertahankannya?

Kerana kita tidak mahu keseorangan dan terluka. Kita tidak mahu meraih resah itu dalam hiba cebisan lara kerana kita tidak tahu selayaknya hati kita wajib memiliki sebuah cinta.  Cinta yang luhur, agung dan cinta yang amat tersendiri sifatnya.

Ingat, jangan pertahankan cinta hampa itu, sekiranya kita tidak mampu melayarinya. Kita akan punya yang terbaik kemudiannya menanti. Apa perlu sekiranya cinta yang kita pertahankan itu seolah satu paksaan dalam meniti kehidupan.

Kita ada lemah dan kuatnya. Tanya diri, selongkar segala gundah yang hadir disisi. Adakah kita sekarang sedang mempertahankan cinta abadi?? Atau kita ini sekadar satu hembusan dingin yang kosong menyapa hati.

Menyesal pada awal jejak nafas ini lebih baik dari menyesal di kemudian hari. Sekarang bisikkan perlahan dalam hati, MAHU PERTAHANKAN ATAU MAHU DILEPASKAN PERGI?

Cinta adalah sebuah persembahan jujur sebuah hati. Tanya diri sendiri dan kalau duka itu jawapnya, maka melangkahlah pergi.


Ehsan google


Comments

Popular Posts