Pengunduran diri

Surat pengunduran diri

Maaf kalau harus menyebut kata-kata "pernah" kerana memang pernah dan kini tidak lagi. Ada sebuah batas lutsinar dari diri kamu yang kini tidak menyertakan aku dalam ruangannya. Fikiran kamu yang kini tidak lagi boleh aku teka akan kemana arah tujunannya. Ada banyak hal sederhana yang kini formulanya menjadi rumit. Dan seolah-olah perubahan perubahan ini membuat kita saling menyalahkan diri sendiri.

Bukan salah kamu, jika ada yang harus selesai di antara kita. Bukan salah aku, jika tidak boleh lagi meneruskan setiap rasa pertama kali yang pernah kita kongsi. Ini hanya cara kita belajar bahawa memang perlu ada yang berubah. Dan biarkan lah waktu yang mengajari kita untuk menerimanya.

Aku undur diri, atas segala rasa nantinya boleh memperburukkan lagi keadaan hati. Aku undur diri untuk menitipkan lagi segala rasa yang pernah diminta pada kamu dahulu. Aku undur diri, untuk segala masa depan yang dulu pernah kita impikan bersama.

Langkah aku mulai perlahan menjauh, mungkin kenangan akan begitu riuh, tapi tidak membuat beberapa luka ini semakin luput. Kenangan kita memang hebat! Aku akan ingat ianya selalu.

Maaf jika aku tidak mampu lagi bertahan, dan maaf jika aku secepat ini aku melepaskan. Namun hal-hal pahit, harus kamu telan terlebih dahulu agar kamu tahu apa rasanya manis.... kelak....

Kini, sesenduk pengajaran sedang kita hadam bersama-sama, tentang kenyataan bahawa tidak seharusnya lagi kita bersama. Lepaskanlah dengan rela. Kerana suatu hari, kita akan sama-sama tersenyum mengingati hari ini.

Hey,

Memasuki perkarangan hati kamu adalah cara terbaik untuk aku mengenal cinta. Dan mengundurkan diri adalah satu-satunya perkara yang paling tepat untuk menjauh dari pergerakkan luka.


Comments

Popular Posts